Episodes

  • 10. Solat identiti kita | Legasi
    Jul 23 2021
    Legasi terbesar yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW ialah solat. Solat yang memberikan kerehatan batin, mencegah diri daripada perkara keji dan mungkar. Solat adalah titik mula sebuah perubahan.
    Show More Show Less
    15 mins
  • 09. Tenang dalam ribut | Legasi
    Jul 22 2021
    Lafaz-lafaz zikir yang dipesankan oleh Nabi Ibrahim AS membawa ketenangan di dalam mengharungi ribut kehidupan di dunia. Membawa kenikmatan abadi di dalam syugra, berupa pohon-pohon subur yang rendang.
    Show More Show Less
    15 mins
  • 08. Syurga, rumah kerehatan abadi | Legasi
    Jul 20 2021
    Allah SWT menyiapkan bagi hamba-hambaNya yang soleh kenikmatan syurga. Nikmat yang tidak pernah dilihat mata. Nikmat yang tidak pernah didengar oleh telinga. Nikmat yang tidak pernah terlintas di dalam hati dan fikiran manusia. Semuanya tersedia untuk hambaNya yang soleh dan solehah.
    Show More Show Less
    14 mins
  • 07. Hari Arafah & Perkauman | Legasi
    Jul 19 2021
    Hari Arafah adalah hari terbaik sepanjang tahun. Sebaik-baik hari untuk berdoa. Para jemaah haji daripada pelbagai warna kulit, bahasa, keturunan dan etnik berhimpun di padang Arafah mengesakan Allah SWT, meraikan legasi Nabi Ibrahim AS. Tiada ikatan yang lebih kuat daripada ikatan kalimah tauhid, la ilaha illah yang menyatukan kita, umat Nabi Muhammad SAW.
    Show More Show Less
    14 mins
  • 06. 3 hak anak yang perlu dipenuhi ibu bapa | Legasi
    Jul 16 2021
    Semua Nabi yang diutuskan selepas Nabi Ibrahim AS adalah daripada anak keturunannya, sehingga Baginda digelar sebagai Abul Anbiya’, Bapa Para Nabi. Penting untuk ditegaskan, kita sering bicara soal tanggungjawab anak-anak kepada ayah dan ibu, jangan derhaka kepada ayah dan ibu. Ya betul, soal menjaga akhlak dan hubungan dengan kedua orang tua ini amatlah penting. Malah tuntutan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tuntutan terpenting selepas tuntutan menjaga hubungan dengan Allah SWT.  Namun jangan kita lupa, ibu bapa juga mempunyai tanggung jawab terhadap anak. Ramai yang mengabaikan tanggungjawab dan menderhakai anak-anak mereka.
    Show More Show Less
    12 mins
  • 05. Hati yang mendapat petunjuk Tuhan | Legasi
    Jul 15 2021
    Melalui kesukaran dan ujian dalam hidup ini kebanyakkan masa buat kita rasa seolah-olah kita keseorangan. Terasa seperti tiada sesiapa yang betul-betul faham apa yang kita sedang rasa dan lalui, walaupun ramai yang mungkin berkata “aku faham apa yang kau rasa.”  Tidak, kita tahu mereka tidak faham. Tetapi itu tidak berlaku kepada Allah. Allah maha mendengar dan mengetahui. Setiap keperitan atau halangan hidup yang sedang kita hadapi, Allah tahu perasaan kita, Allah tahu ketakutan kita, Allah janji akan memberikan petunjuk kepada hati kita semua menempuh gelora ujian hidup, hanya sahaja dengan satu syarat, mantapkan keimanan
    Show More Show Less
    15 mins
  • 04. Kenapa aku diuji? | Legasi
    Jul 14 2021
    Dunia adalah medan ujian. Mustahil di dunia ini ada orang yang tidak akan diuji. Ketika diuji, kita sering tertanya, “Kenapa aku? Apa salah aku? Aku tak buat jahat pada orang, kenapa berat sangat aku diuji?” Kita perlu sedar bahawa yang diuji itu adalah keimanan kita kepada Allah dalam pelbagai aspek. Allah nak tengok, siapa yang redha dan siapa yang marah kepada ketentuan dan ujian Allah SWT. Apabila Allah sayang, Allah uji. Semakin redha kita di atas ujian Allah, semakin besar pahala yang diraih diSisiNya. 
    Show More Show Less
    15 mins
  • 03. Role-model sumber inspirasi dan kekuatan dalam hidup | Legasi
    Jul 13 2021
    Role model merupakan salah satu building-blocks dalam membina kehidupan. Apabila kita melalui pelbagai fasa dalam hidup, waktu susah, waktu senang, waktu bingung, waktu keliru, kita secara fitrah akan mencari role model. Psychology disebalik mencari dan ikut role model itu, kita nak rasa boleh relate dengan dia, kita rasa kita ada persamaan dalam journey yang kita lalui. Hanya dua insan yang disebutkan sebagai Uswatun Hasanah di dalam Al Quran; mari telusuri sama-sama.
    Show More Show Less
    14 mins